Pindah

December 4th, 2007 by hazri87

Kepada sume kenalan, kawan dan sahabat yang disayangi, blog aku dah pindah rumah baru. Jemput la datang rumah baru yang tak seberapa tu untuk kita sama-sama kongsi idea, pendapat, komen, cadangan, makian atau sekadar mahu membaca tulisan insan yang berapa pandai bermain dengan kata-kata indah ni. Alamat baru ialah :

www.tongkangbocor.wordpress.com (klik di sini)

RM5

November 18th, 2007 by hazri87

5dolar Kalut jadinya. Dia bayar RM5 untuk tiga orang. Pemandu ambil, bagi tiga keping tiket dan pulang baki RM2. Aku dan rakan yang agak kelam kabut dihadapan pintu RapidKL T416 bayar sekali lagi kepada pemandu, seorang RM1, dapat seorang sekeping tiket walhal kami tahu dia telah membayar untuk kami. Bila duduk, kami terfikir. Kenapa macam tu? Tak semena-mena ketawa kami berderai di dalam pengangkutan awam tersebut bila memikirkan kekalutan dan kebodohan sebentar tadi. Sepatutnya dia bayar untuk tiga keping tiket dan kami pula bayar kepadanya seorang RM1. Kan mudah! Sudahnya, kawan aku pulang dua tiket menyebabkan pemandu terpinga-pinga. Mujur pemandu mahu pulang RM2. Kami ketawa lagi, hahaha…

Berdamai???

November 16th, 2007 by hazri87

Image155_1Berdamai? Mungkin ia sesuatu yang mustahil buat masa ni. Kerana sikapnya yang masih tegar dan tak mahu mengalah, pintu perdamaian seolah-olah terkunci kejap, sukar untuk dibuka. Bukan seorang, dua atau tiga tetapi sudah ramai yang menyuarakan kejengkelan dengan sikapnya. Benar dia seorang ketua tapi takkan begitu sukar untuk berkompromi sedikit dengan anak buah, menghulur sedikit timbang rasa? Sampai bila mahu menjadi jadi pak turut, budak suruhan tanpa boleh menyuarakan sebarang pendapat atau bantahan? Yang pasti, perdamaian masih mustahil buat masa ni.

Konflik

November 15th, 2007 by hazri87

KonflikEntah kenapa hubungan kami di dalam organisasi ini semakin meruncing dengan pelbagai konflik yang semakin hari semakin bertambah. Semakin hari semakin sulit. Semakin hari semakin sukar untuk dirungkai. Mungkin kerana setiap orang mempunyai ego sendiri, pendirian sendiri. Memang sesuatu yang menyakitkan bilamana hanya kita yang perlu memahami orang lain sedangkan orang lain tidak pernah memahami kita. Entahlah. Konlik, konflik… Yang penting, cuba HADAPI DENGAN SENYUMAN.

Nombor Berapa

November 13th, 2007 by hazri87

PodiumNombor 1, nombor 2, nombor 3 atau nombor berapa? Memang susah kalau kita nak membuat pilihan atau terpaksa membuat pilihan yang mana untuk diletakkan sebagai pendahulu senarai di dalam carta kehidupan ini, lebih-lebih lagi kalau semuanya kita mahu, kita suka.  Tak boleh tolak. Sayang. Kita bebas untuk memilih  tapi kita tak boleh memilih untuk tidak memilih. Susah. Memang susah.  Mahu tak mahu, suka tak suka kita kena susun mengikut hierarki keutamaan, yang mana satu mengatasi kepentingan yang lain. Yang pasti, justifikasi perlu dibuat berdasarkan pertimbangan akal yang waras, supaya nanti tiada yang melepas. Kuasa memilih ditangan anda, jadi gunakan ia sebaiknya. Untuk yang terpilih menduduki tempat teratas di dalam carta, tahniah dan bergembiralah sebaliknya yang tidak terpilih, jangan kecewa dan sedih kerana sekurang-kurangnya anda masih belum terkeluar dari senarai.

Serkap Jarang

November 11th, 2007 by hazri87

1345557576_1cac9e5cfbBila nampak atau dengar sesuatu mengenai orang lain, dengan begitu mudah kita membuat kesimpulan awal mengenainya. Tak kira baik atau buruk. Mungkin ini yang orang dulu-dulu panggil serkap jarang? Tapi awas! Jangan terlalu suka main serkap, takut nanti terkena kaki sendiri. Ikan terlepas, kaki yang bengkak. Tapi apa bezanya serkap jarang dengan prasangka? Atau first impression? Atau intrepetasi awal? Atau hipotesis? Konfius aku,konfius…

Internet

November 11th, 2007 by hazri87

Internet_explorer Bilik aku dapat wayarless,yay!!! Bilik lain jangan jeles haa…

Itu Ini Begitu Begini

November 10th, 2007 by hazri87

FreeDalam hidup kadangkala banyak perkara yang perlu difikir dan dipertimbang dalam satu-satu masa. Yang ini belum selesai, datang pula yang itu. Bila kita buat begini, bimbang orang lain fikir begitu. Memang susah kalau nak jaga hati orang lain sampai terpaksa memendam rasa. Kalau susah sangat, biarkan saja apa orang lain akan cakap. Manusia lumrahnya begitu, bila penat mulut bercakap taulah dia diam. Buat apa yang kita suka selagi tak mengganggu hidup orang lain, itu sudah kira bagus. Bebaskan diri dari persepsi dan intepretasi orang lain terhadap diri kita, asalkan kita kenal diri sendiri.

RASA DAN CINTA

November 10th, 2007 by hazri87

Puan43545retKadang-kadang kita dapat rasa sesuatu yang luar biasa bila berhadapan dengan insan yang biasa bersama kita. Walau cuba untuk menafikan, ia tetap mendatangi benak fikiran. Mungkinkah apa yang dirasa itu cinta? Cuma akal yang waras dapat menilai. Namun kadangkala kita bungkam dan kelu lantas membiarkan rasa itu berlalu.

Lama Tak Menulis

November 4th, 2007 by hazri87

Lama rasanya aku tak menulis di dalam blog yang tak seberapa ni lantaran kesibukan menghadapi peperiksaan akhir serta tugas-tugas membuat persiapan menjalankan kursus bagi mencari pelapis kepimpinan kolej. Kali ni tiada apa yang ingin aku nukilkan, hanya ingin meluahkan sedikit perasaan yang sekian lama terbuku dalam hati. Aku tak mengerti kenapa manusia selalu suka untuk membuat interpretasi awal yang buruk terhadap orang lain tanpa mengetahui hakikat yang sebenarnya. Walaupun aku semahunya cuba untuk tak ambil pusing dengan tanggapan-tanggapan negatif sedemikian, namun sedikt sebanyak ia mengganggu fikiran dan perasaan dan aku jadi terkesan. Sentap! Bila duduk sendirian, aku cuba memikirkan apa yang telah aku lakukan samada betul atau tidak seperti yang ditanggapi orang sekeliling. Bak kata seorang kenalan, "bercakap pada istilah saja kita tak perlu marah. Jangan pada istilah dan isi." Boleh dipertimbangkan…

p/s : Kelmarin aku bertengkar dengan seorang insan, nyaris-nyaris aku tumbuk mukanya kalau diikut perasaan marah yang meluap-luap. Mujur dia mengurangkan kekasaran dan berbincang secara baik dengan aku. Gerammmmmm…..